PENGENALAN DAN PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim....


      Melati kuntum tumbuh melata, 
      Sayang merbah di pohon cemara, 
      Assalamualaikum mulanya kata,
      Saya sembah pembuka bicara.

       Mencari timba si anak dara,
       Di bawah sarang burung tempua,
       Salam sembah pembuka bicara,
       Selamat datang untuk semua.

Assalamualaikum dan  salam sejahtera semua......
Selamat datang ke blog saya iaitu blok iwanaizzat1810. Sebelum saya meneruskan kata-kata, izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya terlebih dahulu.

BIODATA DIRI


Nama penuh saya ialah Iwana Izzat Bin Heruan. Saya merupakan pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa  Melayu. Saya tinggal di Selangor. Matlamat hidup saya adalah dapat menerapkan nilai-nilai murni yang perlu ada pada diri setiap guru seterusnya mampu melahirkan anak didik yang berkebolehan dan profesional.

PENGHARGAAN


Pensyarah Kemahiran Belajar 
Madam M. Vijayaletchumi A/P R. Maniveloo

Pertama sekali bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana telah melimpahkan pelbagai nikmat dan kurniaan-Nya kepada saya untuk menyiapkan blog ini dengan lancar dan jayanya. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah GKB1053 saya iaitu Madam M. Vijayaletchumi A/P R. Maniveloo kerana telah banyak berkongsi maklumat dan memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kerja blog ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu dan ayah saya yang telah banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan blog ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang saya kasihi kerana telah banyak berkongsi maklumat dan memberikan sokongan moral sepanjang saya membuat blog ini. Menjadi harapan saya agar blog ini mampu memberikan serba sedikit ilmu tentang kemahiran belajar kepada anda semua seterusnya ilmu ini terus dapat memberi manfaat kepada generasi akan datang yang ingin meneroka ilmu ini.




Gambar bersama pensyarah Kemahiran Belajar kami pada hari sambutan
 ulang tahun kemerdekaan di IPG Kampus Bahasa Melayu






Comments

  1. Jika terdapat sebarang persoalan dan komen tentang blog saya, bolehlah anda komen di sini sahaja yerr...

    ReplyDelete
  2. Maaf... nak tanye... saya nak tau tentang sumber rujukan bole...

    ReplyDelete
  3. Maaf.... bole tak saya nka tau sumber rujukan diambil dari mane 😊

    ReplyDelete

Post a Comment