Posts

Showing posts from 2019

PENGENALAN DAN PENGHARGAAN

Image
Bismillahirrahmanirrahim....       Melati kuntum tumbuh melata,        Sayang merbah di pohon cemara,        Assalamualaikum mulanya  kata,       Saya sembah pembuka bicara.        Mencari timba si anak dara,        Di bawah sarang burung tempua,        Salam sembah pembuka bicara,        Selamat datang untuk semua. Assalamualaikum dan  salam sejahtera semua...... Selamat datang ke blog saya iaitu blok iwanaizzat1810. Sebelum saya meneruskan kata-kata, izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. BIODATA DIRI Nama penuh saya ialah Iwana Izzat Bin Heruan. Saya merupakan pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 di  Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa   Melayu . Saya tinggal di Selangor. Matlamat hidup saya adalah dapat menerapkan nilai-nilai murni yang perlu ada pada diri setiap guru seterusnya mampu melahirkan anak didik yang berkebolehan dan profesional. PENGHARGAAN Pensyarah Kemahiran Belajar  Madam M. Vijayaletchumi A/P R.